Saifuddin gembira berita produk biskut raya buatan prospek laris

Petikan FB Saifuddin Nasution Ismail
Kredit gambar: Oh Media Portal.
21 MAC 2025

Alhamdulillah, saya amat gembira bila membaca headline dan laporan media online ini kerana sememangnya produk makanan hasil buatan prospek Jabatan Penjara Malaysia memang lazat dan sedap.

Rehabilitation over Punishment – Inilah konsep dan nilai yang cuba diterapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia buat prospek-prospek di kesemua fasiliti kita.

InsyaAllah inisiatif sebegini akan dapat mempersiapkan mereka untuk kembali kepada masyarakat dan berupaya menjana rezeki buat diri sendiri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang menyokong usaha murni mereka ini dan semoga ianya turut menjadi suntikan semangat buat prospek-prospek ini melakar arah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *