



Gambar Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 MAC 2025
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah hadir menyempurnakan Majlis Semarak Ramadan 1446H anjuran PUSPANITA Kebangsaan yang berlangsung di Dewan De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Majlis telah diisi dengan sesi ceramah bertajuk “Ramadan: Satu dan Menyatukan”, yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Ceramah ini mengupas peranan Ramadan dalam menyatukan umat serta memperkukuh nilai spiritual dalam kehidupan seharian.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 200 penerima, merangkumi orang kurang upaya (OKU), warga emas, anak yatim, dan asnaf dari sebelas pusat jagaan serta institusi sekitar Lembah Klang.
Selain itu, sebanyak 800 bekas bubur lambuk turut diedarkan kepada semua yang hadir, menambah keberkatan dalam suasana penuh harmoni.
“Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat,” kata Dr Wan Azizah menerusi catatan di FB. – JM
