


21 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa perlunya penggunaan teknologi terkini diadaptasi untuk dimanfaatkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Beliau berkata, ia meliputi kajian pemetaan, latihan penguatkuasaan, selain meningkatkan aktiviti pemantauan berkaitan penyeludupan, perdagangan hidupan liar, dan melakukan kajian lebih terperinci mengenai kempen bebas plastik untuk kelestarian alam semulajadi.
PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
“Dengan perancangan dan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan kementerian, saya percaya ini akan terus meletakkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang memberi fokus terhadap pemeliharaan alam sekitar, sejajar dengan agenda global pembangunan lestari,” katanya menerusi hantaran di FB.
Terdahulu Anwar hadir ke Mesyuarat Pengurusan NRES.
Beliau mendapatkan perkembangan terkini dan meneliti gerak kerja selain berbincang idea-idea tambahan untuk penambahbaikan kementerian.
Perdana Menteri berkata, semua pihak akan dapat menyumbang kepada masa hadapan yang lebih hijau dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. – JM
