Kerajaan MADANI tidak menganaktiri mana-mana negeri dalam penyaluran bantuan – PMX

23 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri dalam menyalurkan bantuan dan peruntukan, terutamanya di Terengganu.

Beliau berkata, Terengganu antara tiga negeri tertinggi yang menerima pemberian daripada Persekutuan, di samping Sabah dan Sarawak.

“Malah untuk tahun ini, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan lebih RM1.8 bilion khusus untuk belanja pembangunan di Terengganu, yakni peningkatan sebanyak RM239 juta berbanding tahun lalu,” katanya menerusi hantaran di FB.

TETAMU YANG HADIR

Terdahulu beliau dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama-sama meraikan tetamu yang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Ahmad di Kemaman.

Dalam majlis ini juga, Anwar mengumumkan keputusan Kerajaan MADANI untuk memperluaskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 kepada lebih 70,000 guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut bersempena sambutan Aidilifitri tahun ini.

“Saya zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas keterbukaan menjalinkan kerjasama strategik untuk menyegerakan beberapa inisiatif meskipun berbeza siasah demi kepentingan negeri dan rakyat,” katanya.

UNTUK MENDENGAR PANDANGAN

Beliau juga berharap Kerajaan Persekutuan turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan sebagai inisiatif berstruktur yang jarang dilakukan pimpinan terdahulu.

“Meskipun masih banyak ikhtiar dan bantuan yang diperlukan terutama untuk memenuhi keperluan di Terengganu, saya percaya pertemuan penting seperti ini berupaya mengukuhkan sinergi antara negeri dan persekutuan, terutama untuk bersama-sama mencari kaedah menyelesaikan permasalahan yang membelenggu rakyat,” katanya.

Beliau juga memberi peringatan untuk setiap umat Islam merebut peluang sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan.

GANJARAN BERLIPAT GANDA

“Kesibukan dunia tidak seharusnya mengikat kita dengan kesibukan hingga lupa untuk merebut ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT,” katanya.

Semoga pengembaraan kerohanian dalam madrasah Ramadan tahun ini katanya mempunyai makna yang mengesankan jiwa dan nurani kita, serta meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT.

Riwayat daripada Abu Hurairah R.anhu beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:

โ€Žู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุฅููŠู…ูŽุงู†ู‹ุง ูˆูŽุงุญู’ุชูุณูŽุงุจู‹ุง ุบูููุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏูŽู‘ู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู†ู’ุจูู‡ู

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam pada lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran berserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat al-Bukhari (1901). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *