Program MySaveFood: 4 hari SWCorp kumpul 322.6kg lebihan makanan, minuman

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan SWCorp
23 MAC 2025

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis yang melaksanakan Program MySaveFood pada 17 Mac 2025 hingga 20 Mac 2025 di Bazar Ramadan Arau telah berjaya mengumpulkan 322.6 kilogram (kg) lebihan makanan dan minuman.

Pengarahnya Shamsuharizal Basir berkata, daripada jumlah yang dikumpulkan itu 73.8kg adalah kategori makanan dan 248.8kg pula minuman.

Katanya, lebihan makanan dan minuman ini telah diagihkan di lokasi seperti Balai Polis Arau, Balai Bomba Arau, Markas Briged 30 dan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Arau.

“Pada tahun ini, SWCorp menjalin kerjasama strategik dengan APM ini adalah dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab mereka sebagai salah satu badan beruniform yang bertugas sebagai frontliner, katanya ketika ditemui selepas majlis Ramadan Kita anjuran E-Idaman Sdn Bhd di Rumah Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak Yatim Perlis (PKAYPs), di Jejawi dekat Kangar.

PELAKSANAAN PROGRAM SAMA

Shamsuharizal berkata, hasil pelaksanaan program sama pada tahun 2024, sebanyak 830kg lebihan makanan dan minuman telah diselamatkan daripada bazar yang sama.

Katanya, tujuan program Ini merupakan inisiatif utama bagi mengurangkan pembaziran makanan di Bazar Ramadan di mana lebihan makanan yang tidak terjual oleh peniaga bazar dapat diselamatkan dan diberikan kepada pihak yang memerlukan.

Beliau berkata, SWCorp Perlis telah melaksanakan Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran
Sempena Bulan Ramadan Tahun 2025 dengan kerjasama
Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK), APM dan syarikat E-Idaman pada 17 Mac 2025 bertempat di Bazar Ramadan Arau.

“Kempen ini akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan dengan mengadakan sesi libat urus kepada peniaga dan pengunjung di bazar-bazar ramadan sekitar Negeri Perlis,” katanya.

Jelasnya, kempen ini juga merupakan antara inisiatif yang menyumbang kepada saranan Matlamat Pembangunan
Mampan/Sustainable Development Goals (SDG) 12.3 iaitu pengurangan separuh daripada sisa makanan global perkapita pada tahun 2030. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *