



24 MAC 2025
Lebih 5,000 usahawan di 1,077 lokasi NADI seluruh negara turut serta dalam program Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), memasarkan produk mereka dan memperluaskan jaringan perniagaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Pelancaran Bazar Raya NADI disempurnakan oleh
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di NADI Sri Pantai, Kuala Lumpur,” kata hantaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) di FB.
Turut diadakan, jualan Rahmah MADANI, sesi perkongsian bersama pakar industri serta pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti. – JM
