Fadhlina sedang cergas berkempen untuk UNESCO

Petikan FB Fadhlina Sidek
8 APRIL 2025

Apabila berkempen, prinsip asas yang harus di garisbawahi adalah akhlaq dan menawarkan khidmat kebaktian. Ia datang bersama reputasi, kerja keras dan kesediaan untuk dikritik serta menambah baik kerja sedia ada.

Ketika ini, saya sedang cergas berkempen untuk UNESCO dan pasukan kempen saya sedang ligat melakukan kerja-kerja kempen di seluruh dunia.

Bagaimana kedudukan Malaysia di mata dunia? Malaysia kekal sebagai sebuah negara contoh yang sering menawarkan khidmat untuk belajar bersama. Malah, itulah jenama Malaysia, negara bertuah, pemimpin yang bekerja keras dan sentiasa menjadi rakan baik kepada negara lain. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Malaysia dalam pelbagai rencam isu, sangat dihormati. Suara Malaysia adalah suara keramat.

KITA WATAK PENTING

Kestabilan kepimpinan yang dimiliki oleh Malaysia menjadikan kita watak penting di pentas antarabangsa. Malah, prestasi ekonomi dan pelaburan serta pendidikan yang baik memungkinkan Malaysia terus melonjak naik sebagai negara yang memiliki potensi memimpin rantau ini.

Hubungan diplomatik yang baik dengan negara lain adalah aset utama kita. Saya cukup bahagia kerana Malaysia mendapat dukungan penuh dalam kempen kali ini.

Barangkali Fadhlina Sidek hanya nama kecil, tetapi apabila membawa nama Malaysia, terasa kebanggaan dan penghormatan yang cukup besar.

Dirgahayu Malaysia🇲🇾 – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *