


Oleh: Sholina Osman
8 APRIL 2025
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan kesemua masjid di Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu yang bermula daripada waktu Subuh, 9 April 2025 (Rabu) bersamaan 10 Syawal 1446H.
Arahan membaca Qunut Nazilah ekoran serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Perkara ini telah dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs setelah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
KEPADA SATU TEMPOH
Pelaksanaan bacaan qunut ini akan diteruskan sehingga kepada satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Dalam kenyataan MAIPs juga memaklumkan arahan bacaan qunut ini setelah diteliti mengenai perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bekalan kemanusiaan oleh tentera Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin di bumi Gaza. – JM
