PMX terima kunjung hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik Oracle

11 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Naib Presiden Eksekutif Jepun dan Asia Pasifik bagi Oracle Corporation (Oracle) Garrett Ilg serta delegasinya.

Oracle adalah syarikat teknologi pengkomputeran utama dunia yang pada Oktober tahun lalu mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada AS$6.5 bilion untuk membuka rantau awan awam di negara ini.

Pelaburan ini merangkumi lebih daripada 150 infrastruktur dan perkhidmatan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang akan membantu meningkatkan ekonomi digital negara serta memacu inovasi yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI).

MENYENTUH POTENSI PERKHIDMATAN

“Perbincangan kami menyentuh potensi perkhidmatan-perkhidmatan yang dipacu AI termasuk yang disediakan oleh Oracle,” katanya dalam hantaran di FB.

Kata Perdana Menteri, beliau juga membangkitkan kepentingan pengukuhan ekosistem bakat dan inovasi negara, termasuklah langkah-langkah bagi memupuk tenaga kerja mahir dengan kemahiran digital yang berkaitan dan keterangkuman digital.

“Ketika dunia berhadapan dengan ketidaktentuan tercetus dari perang tarif, Malaysia amat menghargai komitmen dan usaha merealisasikan pelaburan yang telah dirancang oleh pelabur-pelabur termasuk daripada Amerika Syarikat,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *