Saifuddin terima kunjungan Ketua Pengarah KPKN MKN dan Ketua Eksekutif NACSA

12 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerima kunjungan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Datuk Nurshirwan Zainal Abidin dan
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin di pejabatnya.

“Walaupun pertemuan tersebut berlangsung secara ringkas, namun pelbagai perkara sempat kami bincangkan terutama isu-isu semasa khususnya dalam ruang lingkup keselamatan siber negara,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, segala yang dibincangkan akan diterjemahkan kepada tindakan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *