






Oleh: Sholina Osman
14 APRIL 2025
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat hadir ke’Majlis Raikan Syawal Bersama Penghuni Institusi Kebajikan dan Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis Tahun 2025′ di pekarangan pejabat jabatan berkenaan di Kompleks Pentadbiran Jam Besar Kangar baru-baru ini.
Kemeriahan majlis sambutan Aidilfitri tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Wartawan Perlis (PWP) dapat dirasai apabila turut dihadiri sama oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan barisan ketua jabatan dan pegawai pentadbiran negeri.
MENYEMPURNAKAN SIMBOLIK PELANCARAN
Baginda berdua berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran dengan menbuat ais kacang.
Lebih 10 gerai disediakan bagi menyajikan pelbagai hidangan istimewa antaranya Nasi Kak Wok, Ayam goreng, Dalca, Acar Timun, Lemang dan ketupat dengan rendang, Kambing Grill, Ayam Grill, Pemanis Mulut, Buah-Buahan Tempatan, Sate, Laksa dan Bihun Sup.
Selain menikmati hidangan yang lazat, para tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu bertemakan Aidilfitri. – JM
