






19 APRIL 2025
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Seberang Perai Selatan.
Fadhlina menzahirkan rasa seronok dapat beraya dengan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Seberang Perai Selatan ini.
“Merekalah wira yang tidak didendang dan sentiasa berdamping dengan masyarakat, memenuhi setiap keperluan di sini,” kata Fadhlina menerusi perkongsian di FB. – JM
