






21 APRIL 2025
Lebih 5,000 ribu tetamu dari segenap lapisan masyarakat hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Parlimen Nibong Tebal malam tadi.
“Terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Parlimen Nibong Tebal,” kata Fadhlina dalam hantaran di FB.
Beliau akui rasa terharu kerana dalam cuaca hujan, lebih lima ribu tetamu dari segenap lapisan masyarakat tetap hadir dengan ceria bagi memeriahkan majlis.
“Saya hargai kehadiran semuanya,” katanya.
UNTUK BERAMAH MESRA
Beliau menggunakan sepenuh peluang untuk beramah mesra dengan tetamu dan semestinya untuk ‘selfie’ bersama.
Beliau berkata, Aidilfitri yang disambut meriah bersama ini adalah bukti perpaduan masyarakat berbilang kaum di Nibong Tebal.
Jelasnya, semoga semangat perpaduan yang terbina akan terus kukuh sebagai asas utama keharmonian dan kesejahteraan. – JM
