Lindungi alam sekitar perlukan kerjasama semua pihak – PMX

Petikan FB Anwar Ibrahim
21 APRIL 2025

Perubahan iklim: Tanggungjawab Kita Bersama

Saya tegaskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim bahawa usaha melindungi alam sekitar tidak boleh digalas kerajaan semata-mata hatta ia memerlukan kerjasama semua—termasuk sektor ekonomi, agensi berkaitan dan rakyat.

Negara seperti UK dan China telah buktikan bahawa dasar dan undang-undang yang mantap, seperti Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), mampu hasilkan pulangan dan membantu hadapi impak perubahan iklim.

Malaysia juga akan terus perkemas dasar dan perundangan berpandukan Perlembagaan dan kuasa negeri, supaya tindakan iklim dapat dilaksana secara berkesan di semua peringkat.

Langkah ini penting untuk memastikan negara kita kekal komited dengan Perjanjian Paris demi masa depan yang lestari. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *