PMX hadir majlis Aidilfitri MOSTI, KPT, BHEUU JPM, Khazanah

22 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bagi memenuhi undangan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran beberapa kementerian.

Ia termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

SUASANA CUKUP MERIAH

Dalam hantaran di FB, beliau berpuas hati kerana Aidilfitri diraikan dalam suasana cukup meriah, gelak tawa, senyuman dan kemesraan jelas terasa di setiap penjuru.

“Lebih daripada sekadar sambutan, inilah ruang untuk kita eratkan silaturrahim, raikan perbezaan dan kukuhkan perpaduan antara setiap lapisan masyarakat berbilang kaum, agama dan bangsa,” katanya.

Perdana Menteri berharap semoga ukhwah ini terus kekal mekar, demi Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *