


23 APRIL 2025
Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif, dan sejajar dengan keperluan semasa negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bangkitkan perkara tersebut sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025.
“Susulan kejayaan pelaksanaan SSPA Fasa 1 dan melalui proses libat urus yang berterusan, pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam telah dibincangkan, termasuk mengenai mobiliti dan portabiliti penjawat awam, demi memastikan mereka lebih berdaya saing di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam, serta kemampuan fiskal negara. – JM
