






23 APRIL 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melancarkan Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan inisiatif perlindungan sosial melalui program PELINDUNG di Majlis Muhibah Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Beliau juga mengumumkan bahawa FINAS akan menaja pembukaan akaun i-Saraan kepada 1,000 penggiat industri, terbuka hingga September 2025 dan keutamaan akan diberikan kepada penggiat yang belum mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam majlis yang sama, Fahmi turut menyaksikan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara GAFEMA dengan FINAS sebagai tanda solidariti dan usaha bersama membangunkan dasar-dasar industri.
“GAFEMA diiktiraf sebagai gabungan induk industri mewakili lebih 16 buah persatuan dalam industri termasuk penerbit, pengarah, kru teknikal, penulis skrip dan animator untuk memperjuangkan hak, kebajikan serta pembangunan industri,” katanya menerusi hantaran di FB.
Program PELINDUNG merupakan inisiatif yang digerakkan oleh GAFEMA bersama-sama FINAS bagi menyediakan perlindungan sosial kepada penggiat seni, khususnya pekerja bebas, kru produksi dan tenaga belakang tabir. – JM
