




22 APRIL 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pada majlis ini sebanyak 214 orang pegawai KDN telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.
“Mereka terdiri daripada 173 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 33 penerima Anugerah Sijil Kepujian (ASK) serta 8 penerima Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri,” kata Saifuddin dalam hantaran di FB.
SATU BENTUK MOTIVASI
Dalam ucapan, Saifuddin menekankan signifikan majlis seperti ini bukan sahaja untuk menghargai kecemerlangan, tetapi juga sebagai satu bentuk motivasi kepada rakan-rakan penjawat awam lain untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.
Sebagaimana kita tahu, majoriti agensi di bawah KDN adalah berteraskan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Maka, ukuran sebenar kecemerlangan bukan sekadar pencapaian dalaman, tetapi sejauh mana kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan.
SEMUA PENERIMA ANUGERAH
“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah,” katanya.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberi yang terbaik dan dapat mendorong perubahan positif dalam budaya kerja seluruh warga KDN.
Teruskan berkhidmat dengan integriti, cekap dan berjiwa rakyat.
“Kita ada tanggungjawab besar kepada negara, dan setiap usaha yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil,” tambahnya. – JM
