KDN beri komitmen penuh perhebat kawalan sempadan – Saifuddin

25 APRIL 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan komitmen penuh untuk terus memperhebat, memperkukuh dan meningkatkan usaha pemantapan kawalan sempadan secara menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan dan kedaulatan tanah air.

Beliau berkata, cabaran di sempadan negara tidak pernah surut.

“Ia sentiasa berubah wajah, menuntut kesiapsiagaan tanpa henti,” katanya dalam hantaran di FB.

PENGURUSAN YANG CEKAP

Justeru, pengurusan yang cekap dan kawalan yang tegas bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian demi menjamin keselamatan dan memelihara kedaulatan negara.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bil. 1/2025 di KDN) Putrajaya bersama barisan pengurusan tertinggi kementerian, ketua-ketua jabatan serta agensi yang berkaitan dalam usaha memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *