

25 APRIL 2025
Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi (KK) dengan sukacitanya memaklumkan Menara Kuala Lumpur akan beroperasi semula mulai pukul 9 pagi pada 26 April 2025 (Sabtu) untuk kunjungan umum.
Kenyataan media KK memaklumkan
pembukaan semula Menara Kuala Lumpur ini selari dengan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin kesejahteraan para pekerja yang terlibat.
PERKHIDMATAN SERTA PERSEKITARAN
Di samping itu menyediakan perkhidmatan serta persekitaran yang kondusif dan selamat buat para pengunjung.
Menerusi pengurusan baharu premis Menara Kuala Lumpur yang diterajui oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), kerajaan komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang efisien, berorientasikan pelanggan dengan penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan dan keselesaan yang boleh menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara. – JM
