
1 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung menerusi telefon secara berasingan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Laos PDR, Sonexay Siphandone dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk membincangkan perkembangan penting terkait kepentingan bersama ASEAN.
Antara yang dibincangkan ialah rundingan berhubung tarif balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
“Saya maklumkan bahawa Malaysia melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), telah mengadakan perbincangan langsung dengan pihak AS baru-baru ini,” kata Anwar menerusi perkongsian di FB.
MEMBAWA SUARA KOLEKTIF
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia turut membawa suara kolektif rantau ini, khususnya membuka ruang rundingan buat semua negara anggota.
“Saya tekankan pentingnya ASEAN bertindak secara kohesif dalam semangat kesatuan untuk memperkukuh kedudukan bersama serta melindungi kepentingan jangka panjang rantau ini,” katanya.
Beliau juga memaklumkan mengenai hasil pertemuan saya dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dari Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar serta U Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) di Bangkok baru-baru ini,”
Dalam semangat persahabatan serantau, Brunei, Laos PDR dan Indonesia menyatakan sokongan terhadap usaha Malaysia untuk menggalakkan dialog yang konstruktif demi kestabilan Myanmar dan keamanan seluruh ASEAN. – JM
