






2 MEI 2025
Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah mewakili Kerajaan menyambut ketibaan Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu bagi lawatan rasmi empat hari beliau ke Malaysia.
“Ada beberapa perkara yang sempat kami bincangkan termasuk mengenai agenda wanita, keamanan dan keselamatan (women, peace and security),” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, Dr Vjosa Osmani Sadriu akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra diikuti mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- JM
