


3 MEI 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melakukan program Ziarah Kasih dengan berkunjung ke beberapa buah keluarga di Parlimen Lembah Pantai.
Ia melibatkan keluarga ini yang tinggal di Apartment Avant Court, PPR Pantai Ria dan PPR Seri Cempaka.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menziarahi Mohan Ram Atchuthan yang sedang berjuang selepas diserang strok.
KEHILANGAN ANAK TERSAYANG
Selain itu Fahmi menziarahi Norazlaliza yang kehilangan anak tersayang akibat denggi, serta Saidi Zakaria atau lebih mesra dikenali sebagai Pok Long yang kini menghidap penyakit kencing manis.
“Setiap pertemuan membuka ruang untuk kita lebih memahami ujian yang mereka hadapi, dan betapa pentingnya kita saling menyokong dan membantu sesama insan,” kata Fahmi dalam perkongsian di FB. – JM
