PMX rai Presiden Republik Kosovo pada jamuan tengah hari

3 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu pada majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan yang memukau, memperlihatkan kekayaan warisan seni dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

“Sesi santai ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, tetapi turut menjadi wadah memperkenalkan keindahan identiti kebangsaan kepada delegasi antarabangsa,” kata Anwar menerusi perkongsian di FB.

PENUH SEMANGAT PATRIOTIK

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 8 (3) yang tampil penuh semangat patriotik ketika menyambut delegasi jelas menggambarkan semangat muhibah dan keterbukaan rakyat Malaysia dalam menerima kunjungan tetamu dari luar negara.

“Mudah-mudahan, hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Kosovo akan terus diperkasa demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama, membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara,” kata Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *