Fahmi terima memo daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya cadang pantau perniagaan digital

6 MEI 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerima memorandum daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung di luar Dewan Rakyat, semalam.

Fahmi berkata ia berkait cadangan satu mekanisme pemantauan tingkah laku perniagaan digital yang lebih bersepadu.

“Cadangan disuarakan berikutan perkembangan pesat platform media sosial dan e-dagang seperti WeChat, Xiaohongshu, Shopee Live, dan TikTok Shop,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Beliau berkata, kerajaan MADANI sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh ekosistem dalam talian negara.

“Keprihatinan terhadap tingkah laku perniagaan dalam talian amat penting bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara, serta memastikan persaingan yang adil dan sihat dalam ekonomi digital,” jelasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *