


6 MEI 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama National Communication Authority of Somalia (NCA).
Dalam hantaran FB MCMC memaklumkan ini menandakan satu langkah signifikan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Pertukaran MoU tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Salim Fateh Din dan Ketua Pengarah NCA, Mustafa Yaasin Sheik.
Kerjasama ini dijangka akan merancakkan pembangunan sektor ICT dan membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara Malaysia dengan Somalia. – JM
