
6 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam menyampaikan ucapan tahniah menerusi panggilan telefon kepada Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum yang baru berlangsung.
Beliau berkata, mandat kukuh yang diterima PAP—memenangi 87 daripada 97 kerusi—mencerminkan keyakinan dan kepercayaan tinggi rakyat Singapura terhadap kepimpinan Lawrence.
UNTUK BEKERJASAMA RAPAT
“Malaysia menantikan untuk bekerjasama rapat dengan Lawrence dan pentadbirannya dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin—berteraskan sejarah bersama-sama selain kerjasama ekonomi yang erat dan utuh selain hubungan sesama rakyat yang berjiran ini,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau yakin di bawah kepimpinan beliau, hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus berkembang dengan lebih kukuh, terutamanya ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini. – JM
