

Oleh: Sholina Osman
7 MEI 2025
Nurul Izzah Anwar menjelaskan beliau menghormati lagi menghargai pandangan akar umbi untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
Beliau berkata, KEADILAN sedang berada dalam fasa penting.
“Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan,” katanya dalam kenyataan media.
MEMBAWA NAFAS BAHARU
Nurul Izzah berkata, ia adalah keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia.
“Saya akan memberi keputusan terbaik mengimbangkan antara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota,” katanya.
Jelas Nurul Izzah, kita beri kata putus bukan untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan KEADILAN secara bersama di kala suka dan duka. Insya-Allah. – JM
