Dr Zaliha, delegasi sertai Innovation Strategy Dialogue di Milan

7 MEI 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan delegasi dari Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menyertai Innovation Strategy Dialogue anjuran Alliance for Urban Innovation di bawah naungan World Economic Forum di Milan.

Beliau berkata, forum ini menghimpunkan wakil komuniti global, para perancang bandar, pemimpin universiti dan pemain industri bagi merangka pendekatan inovatif dalam membina kawasan berinovasi (innovation districts) yang mampan dan bersifat people-centric.

“Kami akan meneliti secara langsung MIND Innovation District sebagai tapak kajian dan berkongsi pengalaman serta prinsip pembangunan Bandar CHASE di Wilayah Persekutuan dalam dialog merentas bidang, termasuk reka bentuk ruang, pembangunan infrastruktur fleksibel serta pemerkasaan komuniti yang inovatif,”
katanya dalam hantaran di FB.

DI PETA DUNIA

Beliau berkata, inilah langkah kita meletakkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di peta dunia sebagai pusat inovasi dan kemajuan berteraskan nilai MADANI.

Dr Zaliha juga akan mengadakan lawatan ke beberapa tempat ikonik seperti Bosco Verticale dan Navigli District.

Beliau kemudiannya akan ke Venice bagi mengikuti 19th International Venice Biennale dan dijadualkan menyampaikan ucapan pembukaan dan juga dalam masa yang sama, akan menjadi panel dalam Collective Baukultur Public Panel.

TONGGAK REFORMASI BANDAR

“Di pentas ini, saya akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Her Excellency Federal Councillor Baume-Schneider, Head of the Federal Department of Home Affairs, Switzerland, bagi membincangkan beberapa isu bersama, khususnya terkait dimensi sosial, kesan perubahan iklim serta pemeliharaan warisan budaya binaan dalam prmbangunan bandar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *