Individu dikompaun RM10,000 muat naik kandungan jelik melampau

Oleh: Sholina Osman
8 MEI 2025

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun berjumlah RM10,000 terhadap seorang individu
kerana memuat naik kandungan jelik yang melampau.

Kenyataan media MCMC memaklumkan Mohamad Shafiq Abdul Halim telah didapati melakukan perbuatan itu yang membabitkan sentimen kaum dan agama berkaitan isu pekerja Menara KL di aplikasi TikTok pada 31 Mac lalu.

MCMC menjelaskan tindakan ini diambil setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara.

PENGGUNAAN KEMUDAHAN RANGKAIAN

Kes itu telah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

MCMC menasihati semua
pengguna media sosial agar sentiasa
bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan.

Penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi.

МСМС menegaskan komitmennya bagi memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *