
9 MEI
Kuala Lumpur akan diletakkan sebagai salah satu “Pioneering Places” yang merupakan satu inisiatif
antarabangsa yang bermatlamat mempromosikan pembangunan budaya dan seni bina berkualiti tinggi di kawasan bandar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata demikian menerusi hantaran di FB berhubung persediaannya untuk berucap di Davos Baukultur Alliance, Biennale Architettura 2025 Public Programme, di Venice.
Terdahulu Dr Zaliha baharu menyelesaikan tugas di Milan, Itali dan menaiki kereta api laju dari Milan untuk ke Venice.
UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN
Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 2 jam 30 minit dengan jarak 245 kilometer itu dimanfaatkan untuk membuat persediaan bagi acara seterusnya.
Dr Zaliha berkata, dalam ucapan tersebut nanti, beliau juga akan sebut juga tentang kerangka Bandar CHASE yang sedang laksanakan di Wilayah Persekutuan sekarang ini.
Juga beliau akan menjelaskan bagaimana Bandar CHASE boleh menerima pakai prinsip Baukultur ini.
“Apa yang lebih menarik, Kuala Lumpur, Malaysia akan menjadi antara bandar di Asia yang akan berada dalam sekutu ini dan juga menerima pakai prinsip tersebut,” katanya.
Kemudian, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bilateral dengan Her Excellency Baume-Schneider untuk membincangkan ruang kerjasama di antara Federal Department of Home Affairs, Switzerland dan Wilayah Persekutuan. – JM
