




9 MEI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, bersama suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang mewakili Yayasan Nurjiwa.
Pelbagai topik telah dibincangkan, antaranya peranan penting yang boleh dimainkan oleh Siti Nurhaliza dalam mendidik serta menjadi contoh teladan kepada para penghibur dan artis muda masa kini.
“Kami turut menyentuh kepentingan kepelbagaian dalam persembahan seni agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman dan kehendak generasi baharu,” katanya dalam perkongsian di FB. – JM
