PH, BN capai kata sepakat bekerjasama hadapi PRN Sabah

Oleh: Sholina Osman
9 MEI 2025

Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei 2025 telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain
akan diperincikan bersama di antara kepimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Negeri Sabah.

Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan.

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan bersama oleh Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *