
9 MEI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui bertukar pandangan dan berkongsi pendapat dengan tiga rakan sejawatnya pada siri perbualan telefon hari ini.
“Saya dapat bertukar pandangan dan berkongsi pendapat dengan tiga rakan sejawat saya iaitu Perdana Menteri Australia Anthony Albanese;
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra,” katanya dalam hantaran di FB.
“Perbualan kami terarah kepada isu semasa, global, ASEAN, kesan tarif Amerika Syarikat serta usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau,” tambahnya.
UNTUK MELAWAT MALAYSIA
Sewaktu perbualan dengan Anthony Albanese, kata Perdana Menteri beliau menjemputnya untuk melawat Malaysia.
Katanya, ini bagi mengukuhkan persahabatan yang terjalin khususnya selepas kejayaan mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Australia bagi penggal kedua berturut-turut.
Kemudiannya beliau berbicara dengan rakan sejawat dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão mengenai perkembangan krisis kemanusiaan di Myanmar, status republik itu sebagai anggota tetap ASEAN selain kesediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.
KEDUA-DUA NEGARA
“Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, beberapa isu melibatkan kedua-dua negara disentuh dan dikemaskini seperti rundingan Dialog Damai Selatan Thailand yang memerlukan inisiatif keamanan dan bukannya membabitkan sebarang elemen keganasan,” katanya.
Perdana Menteri berharap dengan hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan jiran-jiran di rantau ASEAN, Asia, dan seluruh benua terus harmoni dan mendapat manfaat dari sudut diplomatik, ekonomi, pelaburan dan lain-lain lagi.- JM
