

11 MEI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja.
Beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selain menteri-menteri Kabinet negeri.
“Saya kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu,” katanya dalam hantaran di FB.
MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN
Perdana Menteri berkata, ruang masa itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu semasa selain merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Beliau berkata, lawatan ini penting dalam memacu Negeri Di Bawah Bayu ini ke tahap yang lebih tinggi di masa akan datang khususnya terkait kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. – JM
