PMX solat Jumaat di Masjid Märcani, antara masjid tertua di Kazan

17 MEI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Märcani, antara masjid tertua di Kazan dan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan.

Dalam hantaran di FB, Anwar berkata masjid ini masih berdiri megah sejak dibina pada abad ke-18 selepas umat Islam kembali diberikan hak untuk beribadah secara terbuka oleh Catherine the Great.

Katanya, ia merupakan masjid pertama yang dibina selepas berabad lamanya Islam ditekan susulan penaklukan Kazan oleh Ivan the Terrible.

“Saya kagum menyaksikan sendiri bagaimana rumah ibadah ini terus menjadi lambang kerukunan dan keharmonian beragama dalam semangat saling menghormati yang kita dambakan dalam dunia yang kian rencam,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *