







20 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Gracing Ceremony dan Opening Gambit
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) pagi ini (20 Mei 2025).
Selesai pertunjukan udara, Anwar kemudiannya mengadakan walkabout dan beramah mesra bersama para peserta pameran LIMA’25.
“Saya juga berkesempatan menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran Memorandum Persefahaman di beberapa reruai antaranya Weststar Aviation, Mildef International Technologies (MILDEF) dan Lumut Naval Shipyard (LUNAS),” katanya dalam hantaran di FB.
KEMAMPUAN JURUTERA MUDA
Beliau turut menerima penerangan dari pihak Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan berbangga menyaksikan kemampuan jurutera muda tempatan yang telah menguasai kepakaran bidang aeronautikal, avionik, micro-satelit, AI, simulasi penerbangan dan pelbagai teknologi baharu.
“Kesediaan industri tempatan menjalin kerjasama dengan sektor pendidikan TVET amat saya hargai sebagai langkah strategik menyediakan Malaysia dengan sumber insan yang kompeten dalam teknologi tinggi,” katanya.
Justeru, katanya, usaha mempertingkat penyertaan belia dalam sektor aero-angkasa dan maritim terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI sebagai langkah jangka panjang menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada anak watan. – JM
