Nurul Izzah yang mendamaikan

Dalam semua siri kempen Jelajah Nurul Izzah amat fokus tentang masa depan parti dan ke arah memastikan kemenangan dalam PRU 16.

Oleh Noraini Nordin

20 Mei 2025

Berbeza dengan kempen lawannya yang penuh hiruk-pikuk, menyerang orang-orang tertentu dan sarat dengan emosi yang kadangkala membuak, Nurul Izzah Anwar sebaliknya hanya berkempen dengan tenang dan penuh sopan.

Semua ucapan Nurul Izzah fokus tentang masa depan parti dan ke arah memastikan kemenangan dalam PRU16 akan datang.

Tiada ucapan berapi-api atau menghasut benci, yang ditumpukan hanya mengajak kepada perdamaian dan mencari kemenangan.

Dengan itu kempen Nurul Izzah sangat tepat dengan tema DAMAI yang dibawanya.

DAMAI itu bukan saia bermaksud – Dari Akar Membina Aspirasi Inklusif – bahkan benar-benar membawa erti kedamaian yang sebenar.

Dalam semua jelajahnya, kalau ada pun ucapan yang bersemangat, ia hanyalah untuk mengajak ahli-ahli parti mencapai kemenangam pada PRU16 akan datang.

Selebihnya semua acara berlangsung dengan tenang dan damai.

Nurul Izzah jelas begitu fokus dalam matlamatnya untuk memegangi kerusi Timbalan Presiden KEADILAN.

TIDAK MENYERANG LAWAN

Beliau bukan sahaja tidak menyerang dan menyentuh nama lawannya, malah tiada nama pemimpin lain yang tidak menyokongnya dijadikan bahan kritikan.

Dalam erti yang mudah difahami, selain benar-benar membawa mesej damai, Nurul Izzah juga adalah gambaran pemimpin yang boleh membawa kedamaian kepada parti di masa depan.

Untuk menang PRU, parti mesti damai terlebih dahulu.

Parti yang dalam keadaan hiruk-pikuk tidak mungkin mampu memperolehi kemenangan.

Oleh itu, keputusan Nurul Izzah menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden PKR adalah tepat untuk mendepani cabaran PRU akan datang dan lebih tepat lagi adalah memberinya kemenangan pada 23 Mei depan.


Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *