







21 MEI 2025
Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan pertahanan negara demi memastikan Malaysia sentiasa aman, berdaulat dan terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian menerusi hantaran di FB.
Terdahulu beliau berkesempatan merasmikan segmen Maritim LIMA’25 serta menyaksikan demonstrasi ketenteraan yang mempamerkan kecekapan dan pergerakan taktikal pasukan keselamatan negara.
“Saya turut dibawa menaiki KD Perantau untuk acara Fleet Review, dan menerima penghormatan daripada setiap kapal yang mengambil bahagian dalam segmen maritim ini,” katanya.
Anwar berkata, setelah melihat sendiri tahap kesiapsiagaan, kepakaran, serta aset-aset strategik yang dimiliki oleh pasukan keselamatan, beliau amat yakin bahawa keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi. – JM
