PDRM jalankan latihan simulasi dua hari sempena ASEAN -GEC 2025

21 MEI 2025

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan latihan simulasi selama dua hari bagi Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (ASEAN-GCC) 2025, mulai hari ini (21 Mei 2025).

Kenyataan media PDRM memaklumkan ia membabitkan pergerakan konvoi pemimpin di sekitar ibu negara.

Latihan itu akan dijalankan berdasarkan masa sebenar, yang laluan utama pergi dan balik ke tempat persidangan rasmi.

“Latihan pada 21 Mei ini melibatkan pergerakan Konvoi negara anggota ASEAN, manakala 22 Mei akan melibatkan negara anggota GCC,” kata kenyataan itu.

LALUAN TERBABIT IALAH

Antara laluan terbabit ialah dari hotel penginapan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) antara 7.30 pagi dan 9 pagi; dari KLCC ke Istana Negara untuk Jamuan Diraja (11.30 pagi hingga 1 petang); dan dari hotel ke tempat makan malam Gala antara 6.30 petang dan 8 malam.

“Latihan pada 21 Mei melibatkan pergerakan Konvoi negara anggota ASEAN, manakala 22 Mei akan melibatkan negara anggota GCC,” kata kenyataan itu.

Antara laluan terbabit ialah dari hotel penginapan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) antara 7.30 pagi dan 9 pagi; dari KLCC ke Istana Negara untuk Jamuan Diraja (11.30 pagi hingga 1 tengah hari; dan dari hotel ke tempat makan malam Gala antara 6.30 petang dan 8 malam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *