




Oleh Noraini Nordin
Selain jawatan Timbalan Presiden KEADILAN yang menjadi persaingan hangat pada pemilihan kali ini, pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Pusat tidak kurang menariknya.
Penyandang jawatan Ketua Wanita KEADILAN sekarang YB Fadhlina Sidek akan ditentang sekali lagi oleh YB Rodziah Ismail yang merupakan Ahli Parlimen Ampang, Selangor.
PERTANDINGAN ULANGAN
Persaingan kali ini sebenarnya adalah pertandingan ulangan pada 2022 lalu di mana ketika itu, Fadhlina berjaya menewaskan Rodziah untuk jawatan tersebut
Sejak dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN kemudian memenangi kerusi Ahli Parlimen Nibong Tebal dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, keberadaan Fadhlina dalam politik negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Usaha Fadhlina ‘mendoniakan’ wanita KEADILAN begitu serius dan memberi kesan yang menyuntik semangat anggota sayap parti.
Sebagai Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina terbukti beliau telah berjaya memimpin sayap parti itu dengan baik dan amat membanggakan parti khas anggota-anggota wanita.
Wanita KEADILAN bukan sahaja berjaya disatukan di bawah kepimpinan yang kaya kasih sayang malah mampu merangkul kekuatan hingga akar umbi.
Hakikat yang tidak boleh dinafikan YB Fadhlina sentiasa muncul serta hadir berperanan dalam apa juga kejadian yang berlaku.
Susah senang serta denyut nadi wanita yang perlukan perhatian sentiasa menjadi keutamaan beliau.
FADHLINA ADA DI MANA – MANA
Menyusur dairi aktiviti sebagai pemimpin utama Wanita KEADILAN sebutlah apa sahaja keperluan pasti disegerakan oleh Fadhlina.
Sekadar memberi contoh – – kempen pilihan raya, banjir, apa juga bencana alam, menyantuni orang tua, kanak-kanak dan mereka yang tidak bernasib baik, malah boleh dikata apa sahaja Wanita KEADILAN perlu sedaya mampu cuba diusahakan hingga berjaya.
Dalam semua kejadian yang berlaku, sentiasa sahaja ada pasukan Wanita dihantar oleh Fadhlina yang turun sambil menyingsing lengan baju untuk membantu.
Dalam tempoh tiga tahun lalu sejak 2022, jika mahu dicatat satu persatu, terlalu banyak apa yang telah dilakukan oleh Fadhlina dalam memikul amanah sebagai Ketua Wanita KEADILAN.
Orang lelaki mungkin tidak peka atau sengaja buat tidak tahu, tetapi anggota-anggota Wanita KEADILAN pastinya tidak malu mengakui betapa aktifnya sayap parti itu di bawah kendalian Fadhlina.
Antara yang berjaya dillakukan oleh beliau sejak 2022 lalu, antaranya ialah:
- Menubuhkan Sekolah Wanita (SWAN)
- Memperjuangkan Pemerkasaan Wanita dan Merapatkan Jurang Gender
- Menubuhkan Inisiatif Tabung 30WReps dan Run-2-Win
- Menggalakkan Penyertaan Wanita dalam Aktivisme Sosial
- Meningkatkan Kesedaran Tentang Hak dan Undang-Undang Wanita
- Menggalakkan Penglibatan Wanita
Muda dalam Politik - Membentuk Skuad Ihsan MADANI
Wanita KEADILAN
Selain itu, banyak lagi yang dalam perancangan dan telah dibincangkan dalam mesyuarat Wanita KEADILAN serta menunggu masa untuk dilaksanakan.
Rumusannya, Wanita KEADILAN di bawah pimpinan Fadhlina tidak pernah duduk diam, jauh sekali sebagai kelompok yang hanya pandai ‘sembang kencang’
Tiga tahun mendatang, jika dipilih lagi, Wanita KEADILAN akan terus berlari untuk mengejar visi, bukan sahaja menguatkan parti, malah bergerak seiring dengan kemajuan negara yang sedang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fahdlina Sidek mesti terus dikekalkan sebagai Ketua Wanita KEADILAN Pusat bagi sesi 2025 – 2028.
Jika terus diberi peluang pasti Fadhlina mampu ‘mendonia’ Wanita KEADILAN ke pentas antarabangsa mampu direalitikan.
