PMX raikan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao lawat Malaysia

25 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Sonexay Siphandone yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, bagi mengukuhkan hubungan dua hala merentasi pelbagai sektor.

Beliau berkata, ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri pada Disember 2022.

Sebaik tiba di Perdana Putra, Siphandone dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

“Kami seterusnya menghadiri mesyuarat terhad bersama kedua-dua pimpinan bagi membincangkan isu-isu khususnya perkembangan hubungan dua hala yang berterusan dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian, dan industri halal,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, turut disentuh dan dibincangkan terkait peranan yang boleh dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN khususnya dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 bagi membawa rantau ini ke tahap lebih maju selain perkembangan terkait situasi di Myanmar dan status keanggotaan dan penyertaan Timor Leste dalam ASEAN.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *