











30 MEI 2025
Malaysia berjaya menganjurkan antara persidangan paling substantif dalam sejarah ASEAN bukan sahaja dari segi perbincangan, malah kenyataan bersama yang kukuh dan bermakna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045 turut dimasyhurkan, melambangkan keupayaan Malaysia merencana pelan strategik 20 tahun ke hadapan bagi rantau ini pasca-2025.
“Kita juga mencatat kemajuan besar dalam ekonomi digital, pelaburan hijau, keterangkuman sosial serta kerjasama serantau yang lebih tersusun bersama GCC dan China,” katanya dalam hantaran duli FB.
Beliau berkata, ASEAN kini tampil lebih bersatu, berpaksikan rakyat dan bersedia melangkah ke hadapan dengan tekad yang segar. – JM
