
30 MEI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam era ledakan maklumat dan cabaran penularan berita palsu, peranan wartawan menjadi semakin penting bukan sekadar menyampaikan berita, namun menapis, menyaring dan menegakkan kebenaran.
“Mereka adalah pemegang amanah integriti yang memastikan rakyat mendapat maklumat yang sahih, seimbang dan berwibawa,” katanya dalam hantaran di FB.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas dedikasi, keberanian dan komitmen demi amanah kepada masyarakat dan negara,” katanya. – JM
