



31 MEI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja singkat ke Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La ke-22, sebuah platform penting untuk membincangkan isu keselamatan serantau dan global.
Sepanjang lawatan ini, beliau turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lawrence Wong, serta menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
“Semoga lawatan ini membawa manfaat dan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di FB. – JM
