PMX terima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika semasa di Singapura

31 MEI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth semasa lawatan kerja singkat ke Singapura,

Beliau menjelaskan, antara perbincangan itu beberapa perkara terkait kepentingan antara kedua-dua negara.

“Antaranya usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan maritim selain menyatakan penghargaan di atas penglibatan Amerika Syarikat pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) baru-baru ini,” katanya dalam hantaran di FB.

Anwar berkata, sewaktu kunjungan Presiden Boeing Global, Brendan Nelson, mereka menggunakan ruang itu bagi membincangkan keselamatan maritim, modernisasi aset, pelaburan dalam pendidikan selain kolaborasi dengan pemain industri tempatan terkait latihan, kerjasama strategik dan pembangunan ekosistem Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO).

Beliau berkata, dengan kedua-dua pertemuan ini mampu melonjakkan lagi kepentingan Malaysia dalam bidang pertahanan di peringkat serantau dan juga global. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *