Nahas bas: Bantuan RM10,000 kepada waris mangsa terkorban, RM5,000 yang cedera

Wartawan JM
12 JUN 2025

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di Gerik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berjumlah RM5,000 pula akan disalurkan kepada mangsa yang cedera.

“Semoga keluarga dan mangsa yang terkesan dalam insiden yang menyayat hati ini diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

WALAUPUN TERUK DIFITNAH

Antara komen dalam status ini yang mendapat “like” paling ramai oleh Ali Ko iaitu “Terbaik PMX..walaupun teruk difitnah namun PMX masih kuat dan tepis fitnah dgn tenang..terus kuat PMX membangun negara dgn maju..Madani Bekerja..”.

Komen Abdul Rani bin Abdul Kulup Abdullah “Terbaik PMX” juga mendapat banyak “like” netizen.

Muntaha Kamil Halid pula komen, “Alhamdulillah…Terima kasih Kerajaan Perpaduan”. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *