PMX menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam

Wartawan JM
13 JUN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Istana Melaka dan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam.

“Pertemuan ini antaranya menjadi ruang yang ampuh untuk saya bertukar pandangan terutamanya perihal pembangunan negeri serta usaha dan upaya kita memperkasa kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Melaka,” katanya dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, komitmen Kerajaan MADANI jelas di mana kita mahu setiap inci tanah air ini menikmati limpahan kemajuan dan pembangunan secara adil, saksama dan bermaruah.

“Insya-Allah, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri lantas diperkukuh demi masa depan yang lebih terangkum dan lebih baik buat semua,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *