




Wartawan JM
14 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat bersama-sama jemaah setempat di Masjid Azzubair Ibnu Awwam, Bandar Tun Razak.
Khutbah Jumaat yang disampaikan Mohd Arifin Ramdza bertajuk “Budaya Tular, Saring Sebelum Sebar” cukup memberi peringatan dan pengajaran dalam membentuk sahsiah diri semua.
PENYEBARAN BERITA PALSU
“Mesej khutbah jelas bahawa dalam dunia serba pantas hari ini, kita semua perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat hatta tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran berita palsu yang boleh mengganggu-gugat keharmonian masyarakat,” katanya dalam hantaran di FB.
Sebelum itu, beliau singgah makan tengah hari di Restoran Suria Tomyam Seafood, Taman Tenaga, Cheras.
Beliau juga mengambil kesempatan menikmati juadah dalam suasana santai dan penuh keakraban bersama penduduk setempat. – JM
