Kerajaan komited perkasa gerakan koperasi agar terus relevan – PMX

Wartawan JM
14 JUN 2025

Kerajaan sentiasa komited untuk memperkasa gerakan koperasi di negara ini agar terus relevan, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menekankan betapa pentingnya nilai amanah dan tanggungjawab terus menjadi teras dalam setiap aspek pengurusan, termasuk dalam institusi koperasi.

ASAS KEPADA KELESTARIAN

“Nilai-nilai ini bukan sahaja menjadi asas kepada kelestarian sesebuah organisasi, malah merupakan kunci kepada kejayaan jangka panjang yang mampan,” katanya dalam hantaran di FB.

Sebelum itu Anwar merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad yang ke-90 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Jelas Perdana Menteri dalam konteks pengurusan koperasi, apabila integriti dan kecekapan diangkat serta diamalkan secara konsisten, koperasi bukan sahaja akan terhindar daripada risiko keruntuhan atau kegagalan.

Sebaliknya kata beliau malah ia mampu menjana pulangan yang lebih baik untuk manfaat semua ahlinya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *